Norizs Rizs sesungguhnya beruntung tatkala berbakat besar sebagai penghibur bahkan dia memiliki pakej menarik membantunya mendapat peluang yang lebih baik untuk menceburi bidang lakonan secara serius. Wajah jelita Norizs, 27, menyerlahkan segala-galanya sampaikan Linz BokaraChai menyifatkan keayuan wajah Norizs seakan-akan 'Pan Asia' semasa terserempak dengannya di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di ibu negeri baru-baru ini.
Terbaru pula, ramai di kalangan peminat Norizs mengaitkannya dengan pelakon popular di Malaysia iaitu Lisa Surihani kononnya wajah Norizs yang putih melepak seiras seperti Lisa.
Apa lagi, Linz BokaraChai terus bertanyakan sesuatu tentang petua diamalkan Norizs sampaikan tampak ayu dan jelita.
"Hai Norizs, apakhabar.... wah, nampak ayu dan jelita macam wajah 'Pan Asia' gitu," usik Linz BokaraChai.
"Khabar baik Abang Linz, alah... biasa aje cuma Norizs selalu juga mendapatkan rawatan kecantikan di spa. Maklumlah, sebagai penyanyi kena jugalah menjaga kecantikan kerana ia pakej yang turut diambil kira," kata Norizs yang mudah mesra serta tidak sombong itu.
Kami pun berborak-borak mengenai perkembangan terbarunya di mana dia sekarang ini sedang menunggu pelancaran album single pertama tidak lama lagi.
Cuma apa yang merisaukan Norizs selama ini adalah satu lagu masih dalam proses rakaman sedangkan kalau diikutkan sudah lama juga lagu tersebut selesai.
Di sebalik keayuan dan wajah jelita Norizs itu terpancar semangat waja yang ada padanya untuk melihat kejayaann sulung menerusi album berkenaan tambahan pula ayah dan ibu beliau memang memberi sokongan penuh.
Perjalanan Norizs dalam industri memang penuh liku apabila pada tahun lepas Norizs terlibat dalam satu kemalangan kecil di Jalan Kinarut-Papar gara-gara mahu mengelak seekor kuching.
Mujurlah, Norizs hanya mengalami kecederaan kecil dan bermula dari situ semangat Norizs terus berkobar untuk berjaya sebagai penyanyi kerana ketika kemalangan berlaku Norizs sempat berkata-kata dalam hati kecilnya betapa perjalanannya masih panjang untuk berjaya.
Syukurlah, Norizs selamat dan ada hikmahnya di sebalik kejadian yang telah berlaku.
Linz BokaraChai yakin peluang Norizs terbuka luas samada sebagai penyanyi mahu pun pelakon pastinya penggiat seni terutamanya pengarah drama, telemovie dan filem akan menggilap bakat terpendam Norizs selepas ini.
Borak-Borak: Sekali pandang, memang Norizs seiras seperti Lisa Surihani lebih-lebih apabila menonton filem Lisa seakan-akan Norizs pula yang sedang berlakon

so rizs, bila nak belakon pulak ni.........
ReplyDeletenantilah klw dpt offer bagus
ReplyDelete